Usop Mentor tetap tak berubah


Rasanya bukan teman Cik Pang saja yang mengeluh, malah ramai lagi sebelum ini turut merungut perkara yang sama.

Ini juga bukan kali pertama orang keliling dalam industri mengadu betapa susahnya penyanyi baru yang bakatnya dicungkil daripada program realiti Mentor Milenia, Usop hendak memberikan kerjasama.

Kata mereka, yang buat payah sekarang ini, bukanlah syarikat pengurusan tetapi datang daripada ahli keluarga Usop sendiri.

Kebanyakan teman media sendiri, daripada apa yang Cik Pang dengar, mereka sudah tidak ambil pusing pun mengenai Usop sebaik program tamat disebabkan sikapnya yang kuat ‘feeling’.

Itu tidak termasuk perkara lain membabitkan cara dia memberikan kenyataan dan melayani teman media. Dalam erti kata lain, teman-teman media dah tak kuasa nak layan sebab mereka sendiri sibuk nak bantu muka baru yang jauh lebih berbakat dan berasakan pentingnya teman media pada kerjaya seni mereka.

Mentornya juga, Hazama khabarnya sudah melepaskan segala urusan membabitkan kerjaya seni Usop kepada ahli keluarganya sendiri.

Disebabkan perkara ini juga, Cik Pang berasa kerjaya seni Usop tidak ke mana pun. Iyalah, kalau kita nilaikan sekarang hampir tiga bulan Mentor Milenia berlalu tetapi tidak ada apa pun perkembangannya dalam industri.

Memetik kata seorang teman, dalam industri seni ini kalau ada suara dan boleh menyanyi dengan baik belum cukup untuk menjadi faktor penentu kejayaan, sebaliknya harus juga disertakan dengan sikap baik dan positif.

Cuma apabila sikap Usop dan pengurusannya terus diperkatakan, Cik Pang berasa hairan kerana sebelum ini kita pernah terbaca daripada kenyataan diberikan yang dia sudah belajar daripada kesilapan dilakukan sebelum ini.

Bukan itu saja, katanya kepada seorang rakan wartawan, kalau ada kesalahan dilakukan tanpa dia sedari, tegur-tegurlah. Tapi kalau asyik mahu ditegur sampai berbuih mulut tapi tak belajar-belajar juga, orang keliling pun penat, ‘dik!

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post