Syafnida, Berdikari atas bakat sendiri


Biarpun sudah lebih lima tahun bergelar pelakon dan membintangi banyak drama serta filem, pelakon cantik, Syafnida Shuhami mengakui kehadirannya dalam industri seni masih belum disedari ramai.

Tidak pernah meletakkan populariti sebagai keutamaan dalam merencana kerjaya seninya, Syafnida atau lebih mesra disapa Syaf mahu memberi perhatian kepada usaha memperbaiki kualiti lakonannya.

Bagi pelakon yang mula menempa nama menerusi drama Memori Cinta Suraya ini, peluang sepanjang bergelar anak seni harus digunakan sebaiknya untuk membuktikan bakat lakonannya.

Syaf juga merasakan dia sudah melakukan yang terbaik tetapi peminat industri seolah-olah tidak menyedarinya.

“Tapi bila dah masuk tahun kedua dan seterusnya, saya banyak belajar daripada senior dan tak fikirkan tentang itu lagi sebaliknya hanya fokus menjadi lebih bagus dalam lakonan.

“Apabila saya tidak fikirkan lagi tentang populariti, saya perasan kerja saya jadi lebih ikhlas dan usaha memperbaiki diri itu jadi lebih mudah,” akuinya jujur.

Syaf sebelum ini pernah membintangi drama Cinta Illahi, Memori Cinta Suraya, Sweetie Nannie, Di Pintu Syurga dan Akadku Yang Terakhir.

Tidak hanya drama, Syaf juga membintangi filem Fobia Malam Pertama (2014).

“Saya akui bukan mudah nak menempatkan diri dalam industri, sebab itulah saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang datang dengan memberikan yang sehabis baik agar saya tidak mengecewakan kepercayaan produksi, katanya yang kini sedang sibuk di lokasi drama rantaian 24 episod, Kerna Syurga.

Justeru, katanya, bakatnya kini sudah mula diakui dan peminat sudah menilai menerusi hasil kerja yang dilakukan dan bukan cerita kontroversi yang mengundang tumpuan.

Dalam pada itu, Syaf juga mengakui tidak dapat dapat lari dikaitkan dengan kakaknya yang juga pelakon drama terkenal, Eira Syazira.

Bukan sahaja sering dibandingkan dengan Eira, tetapi dikatakan menumpang populariti kakaknya.

“Saya tak pernah ambil pun, malah menganggap ia lumrah artis yang ada hubungan persaudaraan.

“Bagi saya mudah sahaja, kalau kita nak berjaya, kena usaha dan tidak sekali-kali mengambil jalan mudah menggunakan orang lain.

Tegas Syaf, walaupun kakaknya sudah membina nama dalam industri, dia sendiri suka berdikari dan tidak mengambil jalan mudah untuk bergelar pelakon, malah sering menyertai sesi uji bakat dengan mencari peluang.

Wajah iras Eira Syazira


Menurut Syaf, biarpun dia tidak pernah memberitahu hubungan persaudaraannya dengan Eira, ramai yang keliru dan bertanya kerana wajah mereka seiras.

“Mula-mula rimas juga bila orang asyik kaitkan, tapi saya lihat dari sudut positif. Eira tak pernah mempengaruhi saya membuat keputusan dalam kerjaya tapi banyak berkongsi ilmu selain mengingatkan saya agar mengutamakan disiplin diri jika mahu bertahan lama dalam industri,” ujarnya yang menyimpan hasrat untuk berlakon bersama kakaknya suatu masa nanti.

Syaf yang bakal muncul dalam filem terbaru, Suatu Ketika bergandingan bersama Pekin dan Namron, memberitahu dia kini semakin selektif memilih watak dalam usaha mencari yang terbaik buat dirinya.

“Ada yang kata, kalau kita selektif sangat nanti job susah nak masuk, malah akan dianggap sebagai besar diri dan sebagainya tapi saya tak fikirkan tentang itu sebab penting agar penglibatan kita berbaloi untuk menonjolkan bakat lakonan menerusi watak yang ditawarkan.

“Saya tidak pilih watak kecil atau besar, tapi apa keutamaan saya adalah impak yang diberikan oleh watak tersebut kepada jalan cerita dan penonton,” tegasnya.

Tidak mahu obses dengan media sosial

Jika artis lain banyak berinteraksi bersama peminat melalui media sosial namun tidak bagi Syaf.

Bukan kerana menafikan trend semasa itu, cuma dia tidak mahu terlalu obses berkongsi kisah atau rutin sehariannya secara terbuka di situ.

“Saya sedar media sosial kini mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan ramai orang termasuklah kalangan rakan-rakan artis sendiri.

“Bagaimanapun saya memilih untuk tidak terlalu obses dengannya dan hanya sesekali berkongsi apabila ada rasa ada nak kongsi atau ia berkait dengan kerja.

“Tidak kisahlah jika pengikut saya di situ tidak banyak sebagaimana orang lain pun kerana bukan itu yang saya cari,” ujarnya yang pernah menganggotai band Kugila Lensa sebagai vokalis sekitar tahun 2008.

[Other Promo]

1 Comments

  1. Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only:
    unityfirmfinancialhelp@gmail.com

    ReplyDelete
Previous Post Next Post