Pelakon Pak Jabit meninggal dunia


Pelakon komedi, Pak Jabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini jam 7.10 pagi ini.

Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya pagi ini.

Allahyarham turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini selepas solat zohor hari ini.



Pak Jabit terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular lain seperti Awie, Allahyarham Zami Ismail dan ramai lagi.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post