Isteri Amitabh Bachchan iaitu Jaya Bachchan kembali memuntahkan amarahnya di depan umum. Kali ini gara-gara tindakan seorang peminat yang mengajaknya berswafoto.
Ketika sami sedang membacakan doa di upacara keagaamaan yang dianjurkan oleh pelakon Esha Deol, seorang peminat tiba-tiba mengarahkan kameranya kepada Jaya dan ingin berswafoto dengan ibu mertua kepada Aishwarya Rai itu.
Malangnya, Jaya dengan pantas mengherdik peminatnya itu.
“Jangan lakukan itu, bodoh,” tempelak Jaya seperti yang dilaporkan Indiatoday.com.
Ini bukan kali pertama Jaya mengamuk di depan khalayak. Sebelum ini, Jaya pernah memarahi wartawan kerana memanggil Aishwarya dengan nama Aishwarya Rai.
“Mengapa kalian memanggil dia Aishwarya? Adakah dia rakan sekelas anda?” herdik Jaya yang mahu wartawan memanggil menantunya dengan nama penuh Aishwarya Rai Bachchan.