Elly Mazlein hadiah Mercedes untuk abah


Penyanyi popular Elly Mazlein membuat kejutan dengan menghadiahkan bapanya kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

€Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," katanya.


Contoh Mercedes-Benz C200

Menurut Elly, dia memilih kereta jenis itu kerana berasakan ia sesuai dengan personaliti bapanya.

Elly berkata, dia bersyukur kerana selepas berkahwin dia dilimpahkan rezeki dan ingin berkongsi dengan orang tersayang.

"Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.

"Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian," katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post