Nur Sajat Tak Marah Dah



Pemuda yang sebelum ini mempersendakan wajah anak angkat Nur Sajat pastinya tidak keruan apabila usahawan kosmetik itu hanya mendiamkan diri selama beberapa hari selepas lelaki berkenaan membuat permohonan maaf.

Malahan, lelaki yang dikenali sebagai Pian Kpop itu sebenarnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan maafnya diterima Sajat.

Ia susulan tindakan Pian yang sekali lagi tampil memohon maaf tetapi ia dibuat memerusi ruangan komen di akaun Instagram milik Sajat pada Ahad.

“Salam akak Sajat... sihat ke tu... marah Pian lagi ke? Pian betul-betul minta maaf akak,” kata Pian sambil memuji produk keluaran usahawan itu.

Mesej tersebut dibalas Sajat sambil berkata: “Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care (jaga diri) Pian.”


Sajat telah menerima permohonan maaf Pian.

Respons Sajat itu ternyata menceriakan hari Pian pada hujung minggu apabila dia memuat naik paparan skrin mesej berkenaan di laman sosialnya pada Ahad.

Pian yang mengucapkan kesyukuran turut memuji kemuliaan hati Sajat kerana sudi memaafkannya.

“Yeay!!! Kak Sajat tak marah Pian dah. Sayang Kak Sajat. Akak Sajat ni baik orangnya,” kata Pian yang mendapat pujian netizen kerana mengakui kekhilafannya dan tidak berputus asa meminta maaf.

Rabu lalu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya tetapi disunting dan digantikan dengan gambarnya sendiri.

“Pian Minta Maaf, Cuma Nak Perhatian Kak Sajat”

Sajat yang berang dengan perkara itu memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang keterlaluan.

Pian kemudiannya mengakui tindakannya itu agak keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Pemuda itu turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu sambil memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih perhatian Sajat.

“Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian. Minta maaf Kak Sajat,” katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post