Bekas suami Joy Revfa pertimbang tindakan undang-undang


Ahli Perniagaan, Datuk Rayos Abdul Rahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah dalam kemelut perkahwinannya bekas isterinya, Siti Arifah Amin bersama penyanyi, Hafiz Hamidun.

Menurutnya, pelbagai kenyataan bercanggah disiarkan oleh beberapa penerbitan telah menyebabkan imejnya tercalar.

“Saya kesal. Mereka ambil sana sikit, sini sikit dan gabungkan serta membuat kesimpulan sendiri,” katanya kepada media selepas pengurusan kes pendaftaran pernikahannya bersama Siti Arifah atau lebih dikenali sebagai Joy Refva di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini

Katanya, beliau sentiasa memberikan kerjasama penuh berhubung perkara itu kerana mahu perkahwinan Joy Revfa dan Hafiz berjalan lancar.

“Saya benar- benar kecewa selepas isu ini timbul seolah-olah saya tidak memberi kerjasama,” katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post