Syamimi Shamsudin, Dua Kereta Ni Saya Nak Bagi Percuma Je


Selepas kisah kejayaannya tular di media sosial, seorang jutawan muda dan jelita telah membuat satu pengumuman mengujakan dengan menawarkan dua buah kereta mewah untuk diberikan secara percuma.

Tauke balak dan pengasas produk kecantikan, Nur Syamimi Shamsudin (gambar), 25, awal pagi Isnin telah memuat naik posting di Facebooknya dengan menawarkan hadiah sebuah kereta Range Rover dan Audi TT kepada stokis dan pemborong produknya.

“Siapakah yang akan dapat hadiah si merah belakang Mimi tu dan Audi TT secara percuma.

“Tunggu hujung tahun ni tau Mimi nak bagi free je untuk stokis-stokis dan pemborong-pemborong. Usaha Lebih sikit yaa nanti saya bagi terus kereta untuk ‘u ols’ dengan geran-geran kereta Mimi bagi tau,” tulisnya di Facebook.

Postingnya ini telah mendapat sambutan postif daripada netizen yang rata-rata memuji sikap beliau yang tidak kedekut walaupun sudah berjaya dan bergelar jutawan.

Bagaimanapun, Nur Syamimi tetap tidak terlepas daripada usikan netizen nakal, khususnya lelaki, walaupun beliau sudah berumahtangga.

Apa yang ditawarkan Nur Syamimi ini dilihat sebagai satu strategi untuk memajukan lagi perniagaannya dalam bidang kecantikan kerana ia dapat menarik lebih ramai individu untuk menjadi stokis atau pemborong produknya.

Terdahulu, Nur Syamimi yang bergelar jutawan pada usia 19 tahun telah memuat naik satu posting menjelaskan tentang susah payah yang perlu dihadapinya sebelum mengecapi kekayaan yang dapat dilihat hari ini.

Beliau menulis posting tersebut apabila ramai netizen yang mempertikaikan kejayaannya pada usia muda, malah ada yang meninggalkan komen bahasa kesat dan sindiran selepas kisah mengenai dirinya tular di media sosial.

Nur Syamimi berkata keluarganya sebelum ini hidup dalam serba kekurangan dan apa yang dikecapi hari ini bermula dengan perniagaan sambilan secara online ketika beliau masih belajar dalam jurusan perniagaan.

“Dalam jangka masa satu tahun lebih saya berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik dan berjaya membina empayar perniagaan kosmetik saya sendiri, saya memiliki ratusan down line juga cawangan sehingga ke Jakarta, Indonesia, sehingga kini saya mempunyai rakan kongsi di Indonesia dan memiliki Ibu pejabat di Indonesia serta rangkaian stokis.

“Kehidupan saya berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang dibeli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya saya mampu membeli sebuah kereta mewah Porshe secara tunai, membina sebuah bangunan pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja-pekerja yang dibayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Vellfire dan berbagai lagi, semua ini dibeli secara tunai kerana usia saya masih muda untuk membuat pinjaman,” katanya.

“Dari modal dan pengalaman perniagaan inilah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan kayu balak, kini saya memiliki kilang memotong kayu balak sendiri dan kini juga saya mengeksport papan-papan yang di proses di kilang saya ke Thailand dan rantau Asia,” tulisnya.

Anak jati Kelantan ini berkata perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah dengan kekayaannya sebaliknya untuk memberi inpirasi kepada msyarakat dan menjawab tohmahan yang dianggap tidak adil buat dirinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post