Pelakon Kim Woo Bin yang menderita penyakit kanser tekak dilaporkan selesai menjalani rawatan tahap pertama.
Model yang sedang meneruskan rawatan tahap kedua berada dalam keadaan baik.
Agensi pelakon ini memberitahu Kim Woo Bin sudah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.
"Dia selesai tahap pertama kemoterapi dan sudah mampu bersenam seperti biasa. Kami berharap dapat memberi berita baik selepas rawatan tahap kedua nanti. Keputusan akan keluar pada pertengahan Ogos," ujarnya.
Keadaan kesihatan Kim Woo Bin dilaporkan semakin baik. Bagaimanapun, berat badanya kini menurut kira-kira 10 kilogram.
"Dia tidak mengalami keguguran rambut. Namun berat badan sudah menurun lebih 10 kilogram. Kini beratnya kira-kira 60 kilogram," ujar pihak agensi.
Kim Woo Bin disahkan menghidap penyakit tersebut beberapa bulan lalu. Dia kini sedang memberi tumpuan terhadap rawatan penyembuhan.
Semua aktiviti seni dihentikan serta merta.