Jackson GOT7 Berterima Kasih kepada Haters


Jackson GTO7 bakal melancarkan album solo pertamanya di China dalam waktu terdekat ini.

Seetengah selebriti pasti akan menggelabah seandainya ditanya soalan berbaur negatif apabila bersiaran langsung di televisyen.

Namun ia tidak berlaku kepada Jackson GOT7 yang berhadapan dengan situasi itu ketika sedang bersiaran langsung menerusi V Live.

Pada ketika itu Jackson mengumumkan perancangannya untuk menerbitkan album solonya di China dalam waktu terdekat ini.

Namun pada waktu yang sama, haters telah memberi komen negatif kepadanya.

"Tinggalkan GOT7 dan kembali ke China," tulis haters tersebut seperti dilapor Allkpop pada Rabu.

Kurang selesa dengan komen tersebut, Jackson yang sememang berasal dari China membalas menggunakan bahasa Cina.


Jackson akur sebagai artis tidak semua peminat suka kepadanya.

"Apabila aku melakukan sesuatu, banyak orang yang suka dan tak suka. Komen berunsur kebencian sebeginilah yang membuatkan aku bertambah kuat, terima kasih," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak kesal dikomen sebegitu sebaliknya berterima kasih kerana pandangan negatif seringkali menjadi pemacu untuknya berusaha dengan lebih kuat dan serius.

Jackson kemudiannya terus memberi komen namun menggunakan bahasa Korea pula.

Kata pemuda berusia 23 tahun ini, dia berjanji kerjaya solonya akan terus berjaya sama seperti ketika berjuang bersama GOT7.

"Aku menghargai setiap pandangan orang terhadap diri aku namun rasa tidak semua perlu akan memberi jawapan pada setiap komen negatif.

"Sekarang waktunya aku perlu bekerja keras untuk terus berjaya," akhirnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post