Mira Filzah mula ambil mood


Pada awalnya, kemunculan pelakon berwajah ayu, Mira Filzah ke Malam Gala Tayangan Filem Abang Long Fadil 2, Khamis lalu disangka menemani pelakon utama filem terbabit, Zizan Razak.

Namun Mira yang ditemani pengurusnya ketika ditemui usai majlis tayangan menjelaskan dia hadir atas jemputan Skop Production dan Astro Shaw.

Jelas Mira lagi, dia kini mula aktif menghadiri tayangan filem tempatan bagi mengambil mood dan persediaan sebelum memasuki set penggambaran filem pertamanya

"Sebelum Abang Long Fadil 2, Mira ada hadir ke tayangan Kau Yang Satu dan Insya-ALLAH akan hadir ke tayangan perdana Kau Takdirku Khamis depan.

"Sebenarnya Mira sekarang memang kerap hadiri tayangan filem sebab nak ambil mood dan dalam masa sama sokong filem tempatan.

"Insya-ALLAH, Mira akan membintangi filem pertama di bawah terbitan Red Communications Sdn Bhd, yang dijangka penggambarannya bermula November depan.

"Buat masa ini Mira masih tak tahu siapa lagi sparring Mira untuk filem tu," katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya pendapatnya mengenai filem Abang Long Fadil 2, Mira ternyata memuji buah tangan Syafiq Yusof itu.

"Ia filem action comedy, jadi memang menarik. Kalau ada rezeki, Mira pun teringin nak berlakon filem sebegitu nanti," ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Mira berkata, drama lakonannya, Ops Cinta Din Sardin yang juga kesinambungan telefilem Din Sardin sudah pun menemui penonton Jumaat lalu.

Drama arahan Nazir Jamaluddin itu mengekalkan Mira bersama Izzue Islam di samping Niena Baharun, Bell Ngasri, Sasqia Dahuri dan Syazuwan Hassan.

"Buat masa ini Mira banyak tolak tawaran sebab clash dengan beberapa program lain dan dalam masa sama Mira nak bagi perhatian untuk penggambaran filem.

"Tapi job pengacaraan untuk Mahligai Cinta masih berjalan dan untuk musim kedua ini, ada beberapa episod lagi yang belum selesai penggambaran," akhirinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post