Jihan Muse umum hamil empat bulan


Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz

Pelakon dan pelawak Jihan Muse mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan selepas setahun melangsungkan perkahwinan bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon.

Berita gembira itu dikongsi Jehan ketika menjadi pengacara mengantikan Neelofa dalam rancangan hiburan Meletop malam tadi bersama Nabil Ahmad.

Menurut Jihan, beliau mengalami alahan teruk di awal kehamilan namun sudah kembali baik ketika memasuki trimester kedua.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja.

“Kepada yang berteka-teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya.

Menurutnya, ketika beliau di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja, secara kebetulan watak Sabatini yang dijayakan sedang hamil dan tidak sangka beliau memang betul-betul sedang mengandung.

Jihan, 34, berkahwin dengan Ungku Hariz, 32, selepas sembilan tahun menyulam kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post