Michael Ang, Mereka bertiga beri kelainan kata


Sutradara Michael Ang memilih tiga jejaka berpotensi dari media sosial untuk melakonkan watak barista dalam drama adaptasi siri popular Korea Selatan, Coffee Prince.

Michael berkata dia mahu menampilkan kelainan dengan mencari bakat baru di Facebook dan Instagram.

"Biarpun tiada sesi uji bakat, saya dapat menilai bakat seseorang menerusi pemerhatian sahaja,€ katanya.

Bagaimanapun, Michael enggan mendedahkan nama pelakon berkenaan kerana mahu mereka masuk set penggambaran terlebih dahulu.

"Mereka kini sedang mengikuti kelas lakonan. Tunggu hari pertama penggambaran mereka barulah saya buat pengumuman di Instagram,€ katanya.

Michael turut mendedahkan pernah mempertimbangkan menjadikan restoran milik Fattah Amin yang juga bintang utama Coffee Prince sebagai lokasi penggambaran.

"Restoran Fattah memang sesuai tetapi ruangnya kecil untuk meletakkan kamera dan saya tidak mahu asyik menggunakan sudut yang sama.

"Jadi, kami mencari kafe yang lebih sesuai dan membuat sedikit pengubahsuaian," katanya.

Drama ini turut dibintangi Janna Nick dan Diana Danielle.

Versi asal Coffee Prince yang diterbitkan pada 2007 membariskan pelakon terkenal Korea Selatan, Gong Yoo dan Yoon Eun-hye sebagai teraju utama.

Post a Comment

Previous Post Next Post