Marsha Milan nak juga walaupun tekak sakit


Penyanyi Marsha Milan Londoh yang mengalami masalah tekak berharap mampu memberikan persembahan terbaik pada acara penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Marsha, 31, berkata, walaupun belum sembuh sepenuhnya, dia tetap teruja untuk membuat persembahan malam ini.

"Sebenarnya saya baru 60 peratus pulih. Apapun, saya tetap berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

"Pada acara gilang-gemilang itu, saya akan bergandingan dengan Shuib Freedom menerusi lagu Mulanya Di Sini. Memang saya amat gementar memandangkan acara itu akan disaksikan jutaan penonton," katanya yang juga seorang pelakon.

Masalah tekak membelenggu penyanyi Bebaskan selepas jatuh sakit baru-baru ini selain jadual kerjanya yang begitu ketat.

"AF Megastars pun bakal berlangsung pada minggu yang sama dan saya harus mempersiapkan diri untuk konsert itu. Baru-baru ini saya kehilangan suara pula disebabkan tidak sihat.

"Syukur sekarang sudah boleh menyanyi walaupun suara masih serak sedikit. Apapun, semangat saya naik mendadak selepas menjalani raptai untuk acara itu," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post