Mira Filzah cuti raya lebih lama


MEMASUKI tahun kedua menyambut Aidilfitri sebagai selebriti, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui semakin teruja menunggu 1 Syawal.

Jika tahun lalu, Mira tidak sempat mengambil cuti raya lebih lama kerana terikat dengan jadual yang padat tahun lalu, Mira meluangkan lebih masa beraya bersama keluarga tahun ini.

“Jadi bila ibu dah tegur tentang perkara itu, Mira cuba sebaiknya susun jadual bagi memastikan Mira dapat cuti lama,” katanya yang juga duta kempen Terima kasih TV3/TV9.

Lebih menyeronokkan kata Mira, biarpun dia sudah berkerjaya dan mempunyai duit sendiri, persiapan rayanya saban tahun tetap diuruskan oleh keluarga, terutama ibunya yang sentiasa menjadi orang yang paling sibuk setiap kali raya tiba.

Sejak bergelar artis, kata Mira, dia tidak sempat membuat persiapan dan hanya fokus untuk sambutan hari raya sahajasetiap tahun menjadi kemestian kami untuk

Kemeriahan raya duta jenama Ariani itu pada tahun ini turut berganda apabila 24 pasang baju rayanya ditaja jenama itu sekali gus menjadikan jumlah baju raya yang paling banyak pernah dimilikinya.

“Setiap kali raya, kami sekeluarga memang sangat mengutamakan aktiviti ziarah sanak-saudara seramai mana yang boleh untuk menjaga silaturahim antara kami," katanya yang menghabiskan cuti raya di kampung keluarga ibu dan bapanya di Ipoh dan Tronoh , Perak.

Pelakon telefilem raya Jula Juli Bintang Putus Cinta ini mengambil kesempatan beraya bersama saudara mara kerana hanya lebaran mereka bertemu malah ada yang tidak sempat dikenali kerana kesibukan bekerja.

Rumah dikunjungi tetamu sehingga 11 malam

Sesuatu yang cukup dinantikan Mira adalah berjumpa sepupu yang kebanyakan sebaya yang sangat rapat untuk berkongsi perkembangan terkini mereka.

Mengenang kembali saat kanak-kanak, cerita Mira, ada saja aktiviti nakal yang dilakukan apabila berjumpa di rumah nenek.

“Tapi bila dah besar ni tolong nenek memasak sambil berkongsi perkembangan diri masing-masing,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan ini.

Berkongsi tentang pengalaman rayanya sebagai seorang selebriti buat pertama kali pada tahun lalu, kata Mira, dia melalui raya yang paling tidak menyeronokkan pada tahun lalu kerana kurang sihat akibat jangkitan kuman.

“Sudahlah Mira rabun, nak pakai contact lens pun dah tak boleh dan terpaksa tunggu beberapa hari sebelum betul-betul sembuh.

“Lucu bila ingat balik, tahun pertama beraya sebagai artis banyak sangat kejadiannya, bukan sahaja cuti raya yang sangat terhad tapi mata pula terkena menjadikan Mira serba tak kena,” ceritanya sambil ketawa kecil.

Mira yang cukup pakar membuat cornflakes madu juga berhasrat mengadakan rumah terbuka buat peminat dan rakan taulan jika berkesempatan.

Mengenang raya di rumah neneknya, tambah Mira, mereka tidak pernah mengadakan majlis itu kerana rumah sentiasa terbuka untuk peminat dan penduduk kampung malah ada yang sanggup datang walaupun sudah jam 11 malam.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak bermasalah kerana memang begitulah adat dan situasi hari raya yang bukan selalu dapat diraikan.

Biarpun sudah dua tahun beraya sebagai selebriti, kata Mira, sambutan rayanya masih lagi sama sebagaimana sebelum ini dan tidak banyak beza tetapi persiapan untuk juadah raya perlu lebih kerana kenalan pun semakin bertambah.

Post a Comment

Previous Post Next Post