Yuna terus lakar sejarah di Amerika


PEMILIK nama, Yunalis Zarai, 30 tahun atau lebih dikenali sebagai Yuna terus melakar nama di bumi Amerika apabila menjadi artis pertama dari Malaysia tercalon dalam Majlis Anugerah 'Black Entertainment Television Award' (BET) lapor The Star.

Gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu menerima pencalonan Anugerah BET 'Centric' untuk lagu duetnya bersama dengan penyanyi, Usher bertajuk 'crush'.

Beliau juga bakal bersaing dengan nama-nama besar dalam industri hiburan di sana iaitu Solange (Crane in The Sky), Mary J.Blige (Thick of It), Fantasia (Sleeping with the One I Love), Kehlani (Distraction) dan Syd (All About Me).

Anugerah BET ini merupakan majlis tahunan yang dianjurkan oleh BET yang meraikan kaum 'African American' serta minoriti lain dalam pelbagai bidang hiburan dan bakal berlangsung pada 25 Jun ini.

Pencalonan ini merupakan salah satu kejayaan yang dicapai oleh Yuna, sebelum ini, beliau pernah tersenarai di dalam carta 10 album R&B terbaik Billboard.

Selain itu,lagu 'crush' turut mendapat tempat ketiga di carta R&B Billboard serta lagu gubahan miliknya bertajuk 'On Ghost Ride' turut tersenarai untuk kategori lagu original terbaik Anugerah Oscar namun tidak berjaya dalam pencalonan.

Post a Comment

Previous Post Next Post