Anis Al Idrus umum bakal nikah Julai depan


AKTRES Anis Al Idrus mengumumkan akan berkahwin dengan Mohd Rafzan Nukhikmal Abdul Halim, 35, Julai hadapan.

Memetik laporan daripada Mstar Online, Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal, 29, berkata, mereka sudah mengikat tali pertunangan Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga sahaja.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dijodohkan dengan lelaki yang menerima saya seadanya, kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan.

"Saya akan mengadakan sebuah sidang media untuk mengulas lanjut perancangan majlis perkahwinan saya minggu hadapan," katanya.

Percintaannya pernah mendapat perhatian umum apatah lagi pernah menjalinkan hubungan dengan dua orang jejaka tampan, Sharnaaz Ahmad dan juga Raja Afiq namun putus di tengah jalan.

Sementara itu, Anis mengakui bahawa kematangan Mohd Rafzan Nukhikmal memikat hatinya.

"Selesa saya mengatakan bahawa ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan ALLAH.

"Namun begitu, kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah," katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post