Shima Anuar selamat diijabkabul


PELAKON yang mencipta nama menerusi filem Highland Tower, Shima Anuar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 42, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.50 pagi tadi, di kediamannya di Rawang.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 27, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang, Haji Shaari Husin.

Dalam majlis pernikahan itu, Mohd Solih menyerahkan mas kahwin RM8,000 beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dengan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan mempelai itu juga kelihatan anggun dan berseri-seri menggayakan busana berona putih.

Majlis akad nikah berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta teman rapat pasangan pengantin baharu itu.

Pasangan pengantin baru ini sepakat mengadakan majlis resepsi secara bersama di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

Sebelum ini, pasangan pengantin baru ini sudah mengikat tali pertunangan pada 17 Disember 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post