Rahsia awet muda Rosyam Nor


NAMA Datuk Rosyam Nor di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Pelakon versatil ini juga teryata tidak 'makan usia' malah kelihatan sentiasa segar dan cergas.

Rosyam yang mula dikenali selepas lakonan bersama Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986, terus aktif dan semakin mendapat perhatian untuk menjadi duta produk.

Tidak hanya terkenal dengan bakat lakonan yang besar, pelakon yang juga pemilik syarikat produksi ini turut menjadi pengacara rancangan berkonsepkan keagamaan.

Menurut Rosyam,yang kini sibuk sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017, dia sangat selektif untuk bergelar duta produk kerana mementingkan kesihatan bagi membolehkannya meneruskan tugas harian yang sentiasa sibuk.

"Kehidupan saya memang sibuk dengan keluarga, lakonan dan syarikat, jadi memang saya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri selain dapat berkongsi kebaikan setiap jenama yang saya bawa," katanya.

Terkini, Rosyam bergelar duta kepada produk anti penuaan Luxone, yang dihasilkan menerusi minyak argan daripada buah argania spinosa khusus untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari organik Argania Spinosa, pati minyak dari Morocco.

Kata Rosyam lagi, dia didatangi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Luxone International, Syafiq Yusof yang juga pengarah filem KL Special Force untuk mencuba dan ternyata memberi kesan positif.

Sementara itu, Syafiq mahu berkongsi kebaikan Luxone selepas melihat isterinya menggunakan produk berkenaan yang mencantikkan kulit, rambut dan kukunya.

“Melihat kepada keberkesanan produk ini, akhirnya timbul idea untuk memasarkannya di Malaysia bersama beberapa rakan lain,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post