Yusry dan Lisa menyambut kelahiran anak kedua mereka di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, hari ini.
PASANGAN selebriti tempatan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani dilaporkan selamat menimang kelahiran cahaya mata kedua mereka di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Yusry menerusi laman Instagramnya, hari ini.
“Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy (lelaki) pagi tadi.
"Syukur Alhamdulillah,” katanya seperti yang dipetik menerusi Instagramnya.
Yusry bagaimanapun masih belum berkongsi nama anaknya kepada peminat mereka.
Rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit.