Kajol berlakon filem Tamil


AKTRES popular Bollywood, Kajol mendedahkan bahawa dirinya bakal membintangi sebuah filem Tamil yang merupakan sekuel kepada Velai Illa Pattadhaari yang pernah mencatatkan kutipan pecah panggung pada tahun 2014.

Pelakon berusia 43 tahun itu berkata, dia yakin untuk menerima tawaran tersebut selepas diberi keyakinan oleh pengarahnya, Soundarya Rajinikanth.

“Pengarah dan Dhanush (hero) berkali-kali meyakinkan bahawa saya boleh melakukannya.

“Jadi lebih berkeyakinan untuk memegang watak itu apabila diberitahu 50 peratus dialog saya nanti dalam bahasa Inggeris. Saya rasa lega apabila dapat tahu mengenainya,” kata Kajol seperti yang dilapor portal Times of India.

Bagaimanapun, aktres filem Dilwale itu berkata, dia tidak boleh lagi mendedahkan secara terperinci mengenai karakternya dalam filem tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post