SEJAK bercerai dengan Tom Cruise sekitar tahun 2012, Katie Holmes dikhabarkan cukup menjaga privasinya terutamanya melibatkan soal anak.
Figura terkemuka Hollywood itu bagaimanapun mengakui sukar menjaga hal itu apabila melibatkan anak mereka, Suri Cruise yang sering menjadi buruan paparazzi.
“Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal sepenuhnya. Jika timbul sesuatu cerita yang tidak benar, kami lebih selesa mengabaikan perkara itu,” ujarnya seperti mana dilaporkan E! News.
Pada masa sama, Holmes juga lebih gemar berteka-teki mengenai hubungan istimewanya dengan Jamie Foxx sejak kebelakangan ini.
“Kami belum berkahwin, tetapi terima kasih kerana bertanyakan perkara itu,” jelasnya kepada media.