Walt Disney enggan babak kontroversi dalam Beauty and The Beast disunting.
FILEM kontroversi daripada Walt Disney's, Beauty and The Beast yang sebelum ini dilarang ditayangkan di negara ini bakal berada di pawagam bermula 30 Mac ini.
Syarikat Walt Disney (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan perkara ini.
Lebih mengejutkan, filem tersebut juga akan ditayangkan tanpa potongan adegan 'gay' yang menjadi punca ia dilarang ditayang di negara ini namun dengan rating PG13.
Filem yang diadaptasi daripada kartun Disney's Beauty and The Beast menjadi kontroversi apabila pengarahnya, Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.
Disebabkan adegan itu juga, negara seperti Rusia dan negeri Alabama di Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap filem ini.
Sementara itu, Walt Disney berkeras mahukan plot homoseksual yang menjadi kontroversi dalam filem itu dan mendakwa ini merupakan jalan cerita kepada keseluruhan filem tersebut.
Jika plot itu dipotong, tidak bermakna menonton filem itu dan ia akan menjadi filem yang hambar.
Filem ini dinantikan-nantikan oleh orang ramai serta disertai dengan barisan pelakon handalan seperti Emma Watson, Dan Steven, Luke Evans, Ewan Mcgregor, Ian McKellen, Emma Thompson dan banyak lagi.