Amaran terakhir Nam Taehyun buat haters


Nam Taehyun memuat naik satu amaran keras di Instagram miliknya untuk pengikut yang memberikan komen berbaur fitnah.

Dia juga akan membuat laporan polis jika masalah itu berlanjutan.

Bekas anggota WINNER itu yang baru menubuhkan band sendiri dengan tegas memuat naik status berkenaan demi reputasinya.

“Saya mahu cakap ini sekali saja. Saya sudah menerima panggilan daripada polis menyatakan ada peminat sanggup membuat laporan bagi pihak saya.

“Laporan itu menyentuh mengenai komen serta khabar angin yang tidak betul daripada pihak tertentu. Kini, polis mahu kerjasama saya untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu.

“Hentikan segala khabar angin mengarut di Twitter, Instagram, Instiz dan lain-lain platform serta tolong padamkan semua itu. Saya beritahu polis untuk memberikan satu minggu sebelum kembali menghubungi mereka,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, ada beberapa peminatnya mengumumkan sudah mengupah peguam dan secara rasmi memfailkan saman terhadap ‘haters’ yang bertanggungjawab mencetuskan segala khabar angin mengenai Nam Taehyun.

Post a Comment

Previous Post Next Post