Velove dipaksa makan petai, kopi


Velove Vexia

PELAKON Velove Vexia memberitahu, dia berdepan saat sukar ketika menjalani penggambaran filem Cinta Laki-Laki Biasa apabila perlu menjayakan babak memakan petai.

Katanya, itu merupakan pengalaman pertama dirinya merasai sayur yang terkenal dengan bau yang tidak enak.

“Susahnya apabila terpaksa makan petai. Pada mulanya, memang saya takut makan. Apatah lagi petai yang diberikan kepada saya itu saiznya besar-besar pula,” kata pelakon berusia 26 tahun itu.

Bukan hanya petai, dalam naskhah tersebut juga, Velove pertama kali merasai minuman mengandungi kafein.

“Saya tidak pernah minum kopi tetapi pengarah minta saya berbuat demikian dan ia masih punya hampas kerana mahu menggambarkan watak saya dalam cerita itu,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post