Ashanty puji Anang


Hasil perkahwinan keduanya dengan Ashanty, Anang Hermansyah dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Arsya Akbar Pemuda Hermansyah yang lahir pada 28 Oktober lalu.

Terdahulu, penyanyi lagu Separuh Jiwaku Pergi itu sudah mempunyai tiga orang anak iaitu Aurel Hermansyah, Azriel Hermansyah dan Baby Arsy. Malah, Anang tidak pernah menolak andai dikurniakan anak lagi selepas ini.

“Saya tidak kisah jika dikurniakan ramai anak. Setiap anak itukan pembawa rezeki,” ujar Anang menerusi satu petikan.

Mendengar kata-kata Anang itu, Ashanty juga nyata tidak menolak. Ini kerana, menurut Ashanty, Anang seorang suami yang ringan tulang dan sanggup berjaga malam demi menjaga anak yang masih kecil.

“Kalau saya seorang sahaja yang menguruskan anak yang baru lahir mungkin akan tertekan. Maka, bila lihat dia sanggup bangun ketika anak menangis di tengah malam, itu sudah cukup menyenangkan saya,” jelas Ashanty pula.

Post a Comment

Previous Post Next Post