Zayn Malik tinggal bersama Gigi Hadid


Zayn dan Gigi

PENYANYI Zayn Malik memberitahu, dia sudah tinggal dengan pasangannya, Gigi Hadid, 21.

Bagaimanapun, pelantun lagu hit Pillowtalk itu berkata, mereka tidak pernah menetapkan rumah khas untuk tinggal bersama.

“Kami belum sampai ke tahap bertukar kunci rumah lagi. Sama ada di rumah saya atau di rumah dia. Di mana-mana sahaja yang kami mahu tinggal, tak kisah.

“Adakalanya saya akan masakkan stek dan pai kentang buatnya,” kata penyanyi berusia 23 tahun itu seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.

Post a Comment

Previous Post Next Post