Akim Ahmad belum beli barang anak


Stacy terpaksa menarik diri daripada menyanyi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 disebabkan kini mengandung enam bulan.

Baru-baru ini Cik Pang bertemu suaminya, Akim Ahmad dan bertanya mengenai Stacy Anam dan kandungannya.

Kata Akim, sekarang kandungan Stacy baru masuk enam bulan tetapi mereka masih tidak tahu jantina anak. Cerita penyanyi yang kini bergabung dengan kumpulan The Majistret itu, setiap pemeriksaan dilakukan bayi dalam kandungan menyembunyikan jantinanya.

Disebabkan itu juga kata Akim, dia dan Stacy belum lagi membuat persiapan untuk membeli kelengkapan dan pakaian bayi.

Dia juga keliru kerana pelbagai telahan dibuat rakan dan ahli keluarga membabitkan kandungan Stacy. Ada yang kata melihat daripada raut wajah Stacy mereka akan menimbang cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun melihat sikap Stacy yang tiba-tiba saja benci bersolek dan tidak mahu melawa, membuatkan ada yang membuat andaian mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Perkara itu juga membuatkan Akim pening. Namun begitu dia tidak kisah apapun jantina anak bakal dilahirkan asal saja bayi dan ibu sihat.

Post a Comment

Previous Post Next Post