Nur Sajat nak banglo terlajak laris


Pengusaha kosmetik Nur Sajat Kamarul Zaman mengakui dalam perancangan membeli banglo milik ahli perniagaan terkenal Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang dianggarkan bernilai lebih RM 10 juta di Kota Damansara.

Nur Sajat, 32, berkata, dia sudah berjumpa dengan Aliff dua kali minggu lalu bagi membincangkan perkara itu.

"Benar , saya kini dalam perancangan ke arah itu. Bagaimanapun, buat masa sekarang saya masih berbincang dengan pihak Datuk Aliff. Memandangkan ia membabitkan urusan jual beli hartanah, jadi saya tak boleh sambil lewa.

"Saya juga sudah dua kali berjumpa dengannya dan pergi ke rumah itu. Saya suka dan berpuas hati dengan keadaan banglo itu, cuma belum ada sebarang kata putus lagi.

"Jika segala perbincangan berjalan lancar, insya-Allah rumah itu menjadi milik saya. Apa pun doakan saja yang terbaik," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nur Sajat, dia sekali lagi akan berjumpa pihak Aliff selepas penaja utama program Akademi Fantasia itu pulang daripada bercuti.

"Datuk dan datin seorang yang baik dan mudah dibawa berbincang. Soal harga sebenar rumah itu dan berapa yang ditawarkan kepada saya, biarlah rahsia.

"Saya tak mahu bercakap banyak lagi selagi ia belum menjadi milik saya," katanya.

Nur Sajat turut menjelaskan dia tidak kisah melabur pada perkara yang boleh mendatangkan keuntungan.

Post a Comment

Previous Post Next Post