Zayn Malik dan Gigi Hadid.
BERDEPAN khabar angin mengatakan hubungan pasangan Zayn Malik bersama model jelita, Gigi Hadid putus di tengah jalan, ternyata ia tidak benar.
Biarpun sering dikatakan kemesraan yang dipamerkan bertujuan untuk meraih publisiti, namun Malik tetap berusaha menjaga hubungan cintanya sebaik mungkin.
Itu yang dibuktikan Malik apabila kedua-dua mereka meluangkan masa bersama dengan bercuti ke Pulau Tahiti, Polinesia, Perancis baru-baru ini.
Melakukan pelbagai aktiviti bersama, pasangan itu tidak ubah seperti belangkas yang sukar untuk dipisahkan antara satu sama lain.
“Hubungan cinta mereka boleh dikatakan seperti Justin Bieber dan Selena Gomez kerana kerap menghabiskan masa bersama meskipun peminat mengharapkan agar mereka berpisah,” kata sumber.