Taylor Swift terima bayaran tertinggi


Acapkali menerima penghargaan menerusi karya muziknya, terbaharu Taylor Swift mencipta rekod menjadi selebriti dengan bayaran tertinggi dalam tahun 2016.

Menerusi laman hiburan Daily Mail, pelantun lagu Blank Space ini berjaya mengalahkan seramai 99 selebriti yang ada dalam carta 100 Selebriti Dengan Bayaran Tertinggi (100 Highest-Paid Celebrities).

Penyanyi yang menerima gelaran American Sweetheart ini berjaya meraih pendapatan sebanyak US$170 juta (RM677 juta) sepanjang tahun 2016. Rekod itu tidak mengejutkan kerana konsert 1989 yang dijayakan kekasih kepada Tom Hiddleston itu berjalan dengan lancar.

Menyusul selepas Swift, kumpulan One Direction menduduki tangga kedua dengan bayaran sebanyak US$110 juta (RM438 juta). Sementara itu, penyanyi Adele hanya berjaya menduduki tangga kesembilan dengan bayaran sebanyak US$80.5 juta atau setara dengan RM321 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post