Rumah Kueh cinta baharu Rita Rudaini


RITA RUDAINI berharap perniagaan dalam bidang kulinari menerusi Restoran Rumah Kueh miliknya membuahkan hasil yang baik untuk kelangsungan hidup bersama dua anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna (kiri). Bersama mereka, anak saudara Rita, Thaqif (tengah).

Semakin mengorak langkah dalam bidang perniagaan, aktres popular, Rita Rudaini hadir dengan buah tangan baharu, Rumah Kueh. Ia membuktikan dia bukan sahaja selebriti yang disadur gemerlapan glamor, tetapi mempunyai perancangan jitu untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai ibu kepada dua buah hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Hampir 20 tahun bergelumang dalam bidang seni tanah air, Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mokhtar, 40, telah mengalami pelbagai perubahan hidup terutama apabila pelakon filem Mami Jarum Junior itu bercerai secara sah dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 5 September 2015.

Ditemui pada majlis rumah terbuka dan pelancaran restoran miliknya, Rumah Kueh yang terletak di Kota Damansara baru-baru ini, selain berkongsi tentang perihal melibatkan perniagaan, Rita Rudaini turut mendedahkan tentang hubungan singkatnya dengan seorang lelaki yang menetap di luar negara. Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia pada April lalu kerana menghidapi penyakit kronik.

Kosmo!: Tahniah di atas pelancaran Rumah Kueh. Mungkin Rita boleh ceritakan lebih lanjut tentang bagaimana tercetusnya ilham untuk mewujudkan restoran ini?

RITA RUDAINI: Sebenarnya, saya merancang untuk membuka restoran ini pada Mac lalu. Disebabkan banyak kekangan yang tidak dapat dielakkan, seminggu sebelum berpuasa baru ia dapat beroperasi. Saya memang sudah lama mengimpikan untuk membuka restoran bercirikan makanan tradisional terutama kuih muih. Di Kuala Lumpur memang susah untuk mencari kuih-muih yang selalu dapat makan di kampung (Perlis). Alhamdulillah, rezeki buat saya apabila impian tersebut kini tercapai.

Bagaimanakah dengan komitmen anda dalam bidang lakonan dengan komitmen anda yang semakin meluas dalam bidang perniagaan ini?

Saya akan terus berlakon jika industri masih memerlukan. Walaupun usia semakin meningkat, saya masih mendapat tawaran daripada stesen-stesen televisyen untuk melakonkan watak utama. Bagaimanapun, dengan anak-anak yang semakin membesar, saya perlukan sumber ekonomi tambahan untuk membesarkan anak. Saya akan bekerja keras untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

Jika tidak keberatan berapa anggaran modal untuk membuka restoran ini dan bagaimana dengan penglibatan anda sendiri dalam soal pengurusan?

Setakat ini, saya masih belum sempat untuk ke dapur untuk membantu. Bagaimanapun, saya mempunyai lapan orang staf dan tiga orang cef yang sangat berdedikasi. Fokus saya bukan sahaja kuih-muih tradisional tetapi juadah tradisional lain dari negeri utara. Segala pilihan menu adalah datang daripada saya hasil perbincangan keluarga dan rakan-rakan. Dari soal modal, saya rasa tidak manis untuk bercakap tentangnya. Bagaimanapun, disebabkan waktu operasi terpaksa ditunda daripada bulan Mac ke Julai, saya terpaksa menanggung kerugian lebih daripada RM100,000.

Anda sudah lama menjanda, tidakkah anda berasa sunyi tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami?

Saya memang tidak merancang untuk berkahwin. Bagaimanapun, kalau Allah sudah tentukan jodoh untuk saya, siapa saya untuk menolak. Kalau orang cakap saya sunyi, saya tidak rasa begitu. Kalau saya perlukan orang untuk bercakap, saya ada keluarga termasuk anak-anak. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini, saya mahu terus memandang ke hadapan walaupun tanpa kehadiran seorang suami di sisi.

Sepanjang bergelar ibu tunggal, ada lelaki yang cuba untuk mendampingi anda?

Saya ada mengenali seorang lelaki. Bagaimanapun, hubungan kami hanya di alam maya. Saya akui dia lelaki yang paling memahami dan saya selesa untuk berkongsi perasaan dengannya. Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara. Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya. Tetapi, sejak awal lagi saya beritahu dia bahawa saya tidak mahu berkahwin.

1 Comments

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
Previous Post Next Post