SETIAP orang sudah pasti mempunyai amalan tradisi dalam keluarga mereka setiap kali tibanya sambutan Aidilfitri. Bagi penyanyi popular, Rossa, sudah menjadi kelaziman tradisi bersalam-salaman berserta tangisan antara ahli keluarga menjadi aktiviti wajib yang perlu dilakukannya apabila pulang ke kampung halamannya di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.
“Keluarga saya ada tradisi yang mana saya, ibu, ayah dan adik-adik yang lain biasanya akan duduk di satu kerusi panjang. Jadi, bapa akan menyampaikan kata-kata nasihat,” katanya seperti yang dilaporkan portal Tribunnews.com.
Menurut Rossa, dia akan berada lebih kurang dua minggu di kampung halamannya untuk berjumpa dengan sanak-saudara.
“Cadangnya, 13 Julai saya sudah pulang ke Jakarta. Memang agak lama bercuti kalau hari raya. Lagipun, setahun sekali sahaja,” kata penyanyi berusia 38 tahun itu.