Alyah mohon maaf


ALBUM BAHARU - Lagu Engkau Milikku ciptaan Alyah bakal dimuatkan dalam album baharunya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

SETIAP manusia pasti akan melalui fasa berliku dalam kehidupan mereka. Isi ujian yang berbeza memberi bentuk definisi berlainan kepada setiap yang melaluinya.

Bagi penyanyi popular Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 35, dia mengambil pendekatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakan media yang dianggap sebagai tulang belakang kariernya selama ini. Permohonan maaf secara terbuka itu merangkumi segala salah dan silap dalam menangani pertanyaan daripada media membabitkan karier serta kehidupan peribadinya selama ini.

“Saya juga manusia biasa yang kadang-kadang tidak lepas daripada melakukan kesilapan sama ada dalam sedar ataupun tidak. Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua rakan media atas apa jua kesilapan kecil atau besar yang pernah dilakukan kepada kalian.

“Mungkin sebelum ini saya tidak sedar, tetapi selama dua tahun hidup dan karier saya sepi daripada sebarang sokongan pihak media, barulah saya tahu ada sesuatu yang tidak kena,” ujarnya membuka perbualan saat ditemui pada sidang media pelancaran single baharunya di Restoran Rebung Datuk Cef Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Alyah, dia mula mengumpul kekuatan untuk melakukan permohonan maaf itu selepas menguruskan sendiri kerjaya seninya tanpa sokongan daripada rakan media.

“Ibaratnya seperti saya baru terjaga daripada lena. Mula-mula saya tidak perasan tetapi selepas beberapa kali mengadakan sebarang acara, tidak ramai rakan media yang hadir. Dari situ saya sedar mungkin ada perkara yang telah saya lakukan dan membuatkan semakin jauh daripada rakan-rakan yang sebenarnya banyak membantu daripada saya tidak mempunyai apa-apa hinggalah ke hari ini.

“Perkara itu sebenarnya memberi kesan kepada karier saya apabila dilihat kurang mendapat publisiti dalam kebanyakan media cetak atau eletronik,” kongsinya.

Cipta single

Biarpun sedar pernah hilang sokongan, namun Alyah tidak pernah berputus asa untuk meneruskan langkah dalam mengejar impian dalam bidang seni. Kisah terkini penyanyi bersuara lunak ini, dia muncul dengan single baharu berjudul Engkau Milikku.

Berbicara tentang itu, terdapat banyak cerita yang ingin dikongsikannya. Ia termasuk kisah di sebalik lagu tersebut serta pengembaraan bersama kru produksi sewaktu menjalani penggambaran klip video itu.

Berkongsi tentang single tersebut, kata Alyah, dia mendapat inspirasi daripada kisah cinta kedua orang tuanya yang diibaratkan cinta sampai syurga.

“Arwah ayah seorang lelaki yang sangat garang berbanding ibu. Sehinggalah penghujung hidupnya, barulah ayah katakan kepada ibu yang dia tidak pernah berjumpa mana-mana wanita setabah ibu.

“Perkara itulah yang memberi inspirasi kepada saya untuk menulis lagu ini dan mengekspresikan kisah cinta antara lelaki dan wanita ditakdirkan bersama sehingga akhir hayat mereka,” ujarnya.

Menjalani penggambaran video muzik di Ladakh, India, Alyah sanggup menghabiskan sehingga RM200,000 menggunakan wang sendiri untuk kos pembikinan klip video tersebut.

“Ironinya, saya mengeluarkan sendiri kos pembikinan video klip sejak dari single Tak Mungkin Kerana Sayang kerana percaya, jika kita ikhlas melakukan apa sahaja untuk perkara yang kita minat, Insya-Allah pulangannya berbaloi. Sebagai contoh daripada segi kepuasan, kualiti dan pengalaman,” katanya.

Namun siapa sangka, di sebalik usaha mendapatkan sinematografi indah di Ladakh, Alyah terpaksa melalui pelbagai cabaran sehingga jatuh pengsan kerana cuaca terlalu sejuk.

“Salah satu lokasi penggambaran merupakan kawasan pergunungan Nubra Valley pada ketinggian 5,791 meter dari paras laut dan suhu mencecah -23 darjah Celsius. Kebetulan pula saya berada betul-betul di bawah gumpalan awan dan akibat kekurangan oksigen, saya terus rebah sebelum diberi rawatan oleh kru dan penduduk setempat.

“Saya bukanlah seorang pelakon dan tidak pernah mengalami situasi begitu yang menuntut masa berada di set penggambaran selama berminggu-minggu malah makan apa sahaja berkongsi beramai-ramai. Pengalaman tidak ternilai itu membuatkan saya menyedari menilai siapa yang sanggup menyokong di kala susah dan senang dalam industri ini,” ceritanya.

Ramadan

Menyingkap persediaan menempuh kedatangan bulan Ramadan pada minggu hadapan, Alyah memberitahu, jadual diisi padat dengan aktiviti perniagaan pada tahun ini.

“Sekarang saya mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan melancarkan barangan kosmetik, pewarna bibir.

“Jadi, sepanjang bulan puasa saya akan sibuk dengan promosi ke beberapa buah negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia,” tutupnya.

1 Comments

  1. .DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA YG DIBERIKAN 4D (( 2247 ))BENAR2 TEMBUS 100LHAMBUHLILLAH DPT 670.JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI atau KILK DI SIINI BOCORAN TOGEL HRI INI 2D 3D 4D 5D 6D MANGKUBONO JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA HUBUNGI LANSUNG/SMS AKI. DI NOMOR INI: 085 203 333 887 ATAU MELALUI WA DI: 085203333887 DAN SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMI KEYAKINAN ANDA DISI.INI SEMOGA ANDA BISA SEPERTI SAYA SEKELUARGA SUDAH NAIK HAJI GARA GARA DIBANTU. AKI 🆗 🕍 ARTIKEL INI SANGAT MEMBANTU SILAHKAN MAMPIR

    ReplyDelete
Previous Post Next Post