Sufi Mengaku Berselisih Pendapat Dengan Rakan Kongsi Restoran


Sufi tidak akan keluarkan Edaman Qanda (kanan) daripada senarai rakan kongsi restorannya.

Penyanyi Sufi (AF2015) menjelaskan terdapat perselisihan pendapat antara dia dengan salah seorang rakan kongsi restoran De'Tulang Merah iaitu Edaman sehingga mereka dikatakan bergaduh.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 26, berkata, perselisihan faham itu tercetus berkaitan wang untuk memperbaiki dapur restoran mereka yang terbakar pada Mac lalu.

"Biasalah dalam bisnes mesti ada perselisihan pendapat tapi kami tidaklah sampai bergaduh. Ia berkaitan tentang wang untuk perbaiki dapur restoran yang musnah kerana terbakar itu.

"Saya pun faham, bila sesuatu melibatkan wang ini agak sensitif sedikit, masing-masing ada pendapat," ujarnya kepada mStar Online.


Sufi akui Edaman kurang beri komitmen.

Sufi berkata demikian ketika diminta penjelasan tentang dakwaan bergaduh dengan salah seorang rakan kongsi restorannya iaitu ahli kumpulan Qanda, Edaman.

Restoran De' Tulang Merah terletak di Jalan Kuchai Lama Kuala Lumpur mula beroperasi sejak Februari lalu.

Dalam pada itu, Sufi berkata, dia juga terkilan dengan komitmen yang diberikan oleh rakan kongsinya itu terhadap restoran terbabit.

Bagaimanapun, dia tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk mengeluarkan nama penyanyi tersebut daripada menjadi rakan kongsi perniagaan itu.

"Saya faham dia sibuk dengan kumpulan dia dan bakal keluar dengan lagu baru dan tidak boleh beri komitmen kepada restoran tersebut.

"Namun, saya tidaklah sampai mahu keluarkan dia daripada rakan kongsi kami, setakat ini restoran itu dimiliki oleh empat rakan kongsi termasuk saya. Dia mungkin akan jadi ahli lelap sahaja selepas ini," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post