Kangin
PEMINAT band Super Junior meminta agar seorang ahli kumpulannya, Kangin mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.
Perkara itu dibuat dalam satu bentuk petisyen yang dibuat menerusi sebuah laman forum Korea, DC Inside.
“Memandangkan Kangin didapati terlibat dalam satu kemalangan gara-gara memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini, petisyen ini dibuat selepas mengambil kira tindakannya yang mencalarkan imej Super Junior,” menurut petisyen itu seperti yang dilaporkan portal Soompi.com.
Sebelum ini, penyanyi berusia 31 tahun itu juga pernah disabitkan hukuman langgar lari selepas didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2009.
Tidak terhenti di situ, dia juga pernah dilaporkan gagal mengikuti program wajib latihan ketenteraan pada 2015.