Tiket konsert Gwen Stefani tak laku


GWEN STEFANI

POPULARITI yang dimiliki penyanyi popular Hollywood, Gwen Stefani belum dapat menarik peminat untuk menyaksikan konsert jelajahnya, This Is What the Truth Feels Like di Xfinity Center, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 13 Julai depan.

Ia ekoran hanya suku daripada jumlah tiket keseluruhan yang dapat dijual setakat ini.

“Tinggal lebih kurang tujuh minggu saja lagi, namun hanya 5,000 keping tiket yang berjaya dijual berbanding kapasiti venue yang berupaya menampung 18,000 penonton.

“Biarpun pelbagai promosi termasuk menawarkan harga diskaun, ia masih belum dapat menarik kehadiran penonton,” ujar satu sumber kepada E! News.

Sumber itu memberitahu, situasi itu jelas berbeza berbanding semasa Stefani, 47, masih bersama No Doubt ketika mengadakan konsert di venue sama sekitar 1990an.

“Ketika itu, kesemua tiket habis dijual dalam masa yang singkat,” cerita sumber itu lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post