Linda Rafar selamat bersalin


Linda Rafar

PELAKON, Linda Rafar selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kilogram, jam 2.05 petang, semalam.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Syed Aiman melalui laman sosial Instagram miliknya, semalam.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat ALLAH SWT atas kurniannya. ‘my new SA Junior,” tulisnya.

Syed Aiman turut memuat naik gambar anak ketiganya dengan Linda itu.

Sementara menerusi kemas kini Instagram milik Linda, pelakon itu mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirim untuknya dan anaknya itu.



“Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Baby Lrsa 2.85 kilogram sihat dan ‘cute boy’.

“Terima kasih semua yang mendoakan Linda dan ‘baby’. Rezeki dari ALLAH SWT anugerah terindah,” tulisnya.

Menerusi laporan sebuah portal berita tempatan, Linda melahirkan bayi itu menerusi pembedahan.

Linda dan Syed Aiman melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syed Rezaqiib, 8 dan Syed Rezariiq, 5.

Perkahwinan tersebut merupakan kali kedua pasangan pelakon itu selepas masing- masing bercerai dengan pasangan masing-masing.

Post a Comment

Previous Post Next Post