Menyingkap sejarah perkembangan karier pelakon tinggi lampai, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali dengan gelaran Bella Dally, 25, ia satu perjalanan yang konsisten namun secara keseluruhannya sedikit mendatar.
Bermula dengan program Pilih Kasih pada tahun 2009, itu menjadi platform Bella untuk mengetengahkan bakat lakonannya dalam industri seni tanah air.
Selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab dua tahun lalu, namanya yang baru hendak kembang, sepertinya kuncup seketika. Kemudian, bayang dirinya sedikit menyepi hingga timbul persoalan ke mana hilangnya gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini.
“Memang selepas berhijrah, saya jarang kelihatan di kaca televisyen, namun karier saya masih aktif seperti mempunyai komitmen sebagai duta tudung Ariani,” katanya membuka bicara ketika menjalani sesi fotografi di Studio Utusan, baru-baru ini.
Meskipun tidak tergolong dalam kategori popular, Bella berkata dia selesa begitu kerana menyukai ruang privasi yang ada dalam hidupnya sekarang.
Malah akuinya, dia masih kekok tatkala keluar di tempat awam dan menjadi perhatian kerana selalu beranggapan dia adalah Nabilah Ali Dally yang tidak perlu diperhatikan.
Populariti dan privasi
Menurut Bella, perhatian kepadanya semakin jelas sejak membintangi drama slot Akasia, Akulah Balqis tahun lalu walaupun sekadar memegang watak pembantu.
Tawaran yang hadir juga semakin melimpah dan tidak putus-putus sekali gus menjadikan dia bersyukur kerana turut menerima tempias drama itu secara tidak langsung.
Terkini, dia baru sahaja tamat menjalani telemovie Ayah Mentuaku bagi TV9 sempena sambutan Hari Bapa dan akan memulakan penggambaran drama 20 episod terbitan Astro bersama Aqasha.
Namun Bella enggan diulit mimpi dengan kemasyhuran kerana baginya, itu bukan dirinya yang sebenar.
Realitinya ialah Bella seorang gadis yang sederhana dan tidak mengidamkan tumpuan masyarakat yang keterlaluan.
Kata Bella, jika bukan kerana dia bergelar seorang pelakon, mungkin sekarang dia masih lagi bekerja di Kota Kinabalu dan tinggal bersama keluarga.
Selain menjadi duta kepada jenama Ariani selama dua tahun sehingga 2017, Bella kini turut diberi penghormatan apabila bakal melancarkan tudung dengan nama sendiri iaitu Bella Dally by Ariani.
“Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat mementingkan ikatan kekeluargaan yang kuat. Jadi, di mana sahaja berada, saya akan ingatkan diri sendiri agar nama keluarga perlu dijaga.
“Memang ada yang pernah memberitahu saya, jika mahu cepat naik dalam industri, seorang artis perlukan sekurang-kurangnya sedikit kontroversi. Tetapi saya lebih selesa bertatih perlahan-lahan, asalkan maruah diri sentiasa dikawal selia,” katanya yang memulakan langkah dalam bidang seni sejak usia 18 tahun.
Bukan menolak publisiti secara total, pelakon filem Seru ini masih menerima elemen itu sebagai salah satu cara agar namanya kekal dalam industri cuma dia masih berhati-hati akan bentuk tumpuan yang diterima.
Soal hati
Ketika mahu beralih topik kepada bicara cinta, pantas wanita muda ini menggeleng-geleng kepala sambil tertawa kecil. Katanya, jika boleh, dia tidak mahu kisah peribadinya dijaja lebih daripada perkembangan kerjaya.
Umum mengetahui, Bella kini berada dalam fasa darah manis apabila mengikat tali pertunangan bersama aktor, Nazim Othman,34, tanggal 14 November tahun lalu.
Berita pertunangan mereka berlangsung tanpa sebarang liputan atau perkhabaran kepada media, sebaliknya sekadar sebuah majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat atas permintaan empunya badan sendiri.
Bella dan Nazim kemudian dijangka akan berkahwin pada masa terdekat, malah ada desas-desus yang mengatakan pasangan tersebut akan bernikah dalam masa terdekat
Namun, seperti teguhnya pendirian bakal suaminya, Nazim untuk tidak terlalu menghebahkan tentang kisah peribadi mereka, kecuali berjanji akan mengumumkan tarikh nikah mereka kepada umum kelak, begitu juga rapi Bella menyimpan rahsia besar itu.
Tindakan Bella yang tidak terlalu mempamerkan kisah cintanya turut mendapat sokongan peminat apabila sering meninggalkan komen positif tentang bagaimana pasangan ini cuba meminimakan percakapan tentang hubungan istimewa antara dia dan Nazim.
Malah, sebagai wanita yang biasanya akan berasa teruja untuk berkongsi perjalanan manis menuju hari bahagia untuk bergelar seorang isteri, ternyata Bella tidak pantas kalah dengan emosi.
“Bagi saya, hubungan antara dua insan lebih bermakna dan memberi erti jika kemanisan bercinta hanya dikongsi antara mereka sahaja.
“Saya bukan mahu berahsia apatah lagi cuba menyembunyikan hal ini cuma saya sebagai pihak wanita, tidak manis rasanya untuk terlalu bercakap dengan terbuka soal perkahwinan. Cukup sekadar orang tahu saya dan Nazim memang berhubungan rapat,” katanya yang sejak dahulu tidak suka mengulas lanjut tentang hubungannya bersama tunangannya itu.
Masih cuba mencungkil rahsia hati gadis tinggi lampai ini, persoalan sejauh manakah dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dalam usia yang agak muda, Bella kelihatan berfikir sejenak.
Dengan tenang dia menjawab, sewaktu bersetuju dengan hasrat Nazim untuk memperisterikannya, soal umur atau apa sahaja alasan remeh lain tidak terlintas dalam fikirannya.
Kata Bella, dia bersetuju untuk bernikah dan bakal menjadi pelengkap lelaki yang pada kaca matanya baik budi itu kerana mengikut kata hati.
“Pada pendapat saya, untuk seseorang yang merasakan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, umur muda dan soal sedia atau tidak itu tidak timbul kerana jodoh ketentuan Allah.
“Apabila saya menerima lamaran Nazim, itu maknanya Allah telah memberi petunjuk bahawa saya sudah bersedia untuk menjaga dan dijaga oleh orang lain selain keluarga,” ulasnya tenang menyimpulkan perbualan.
ReplyDeleteDo you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839