Idam watak pondan mati kemalangan, Safiey Illias dikecam gurau tak bertempat

Usahawan kosmetik Safiey Illias dikecam kerana meluahkan keinginannya untuk menjadi pelakon dan memegang watak pondan yang mati akibat kemalangan kereta.

Safiey, nama sebenar Mohd Saifuddin Illias, 26, memuat naik foto dirinya sedang melakukan pembedahan kosmetik di wajah dan berada dalam keadaan separuh sedar.

“Andainya aku pergi dulu...Teringinnya ratu nak bawa watak pelakon drama pondan jadian kemalangan kena langgar kereta,” catatnya di Instagram semalam. 

Namun hantarannya mencetuskan reaksi negatif warga maya yang menganggap Safiey mempermainkan isu ajal dan kematian.

“Andai dijemput pergi, mudahan kita semua dijemput ketika sedang beribadah. Amin,” catat ferra_hafiz.

“Kalau lah tengah operate tu meninggal dalam keadaan yang macam tu, Allah...semoga Allah berikan hidayah,” catat puteriarisyanazira.

“Bangganya kau Safiey, nanti dah masuk kubur baru kau tahu apa yang bangga atas muka bumi ini semua sia-sia...Semoga diberikan hidayah,” catat atyyrasaari.

Mengakui penghidap depresi, Safiey sebelum ini beberapa kali berkongsi foto dan video melakukan beberapa perubahan di wajah dan badannya untuk kelihatan seperti wanita.

Post a Comment

Previous Post Next Post