Siti Nurhaliza terima Anugerah Emas





Ketika penjualan album fizikal dilihat sebagai 'mustahil' ketika ini, tetapi Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh berbangga apabila album terbarunya, ManifestaSITI2020 mencatat jualan lebih 5,000 sejak dipasarkan pada 3 Julai lalu.

Pencapaian itu turut melayakkan Siti menerima Anugerah Emas daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Siti berkata, dia bersyukur kerana album fizikal masih lagi mendapat sambutan dalam era digital seperti hari ini.

"Selepas empat bulan dipasarkan, ia terus mendapat sambutan baik. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap jualan ini akan terus meningkat dari masa ke semasa," katanya.

Album ke-18 penyanyi nombor satu negara itu memuatkan 11 lagu antaranya Anta Permana, 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu yang berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Selain itu, Siti juga turut menerima anugerah Malaysia's Most Admired untuk kategori wanita oleh syarikat penyelidikan terkemuka dunia, portal YouGov yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan daripada 9.6 juta ahli mereka di seluruh dunia.

Post a Comment

Previous Post Next Post