Neelofa Berniqab tak jejas rezeki

Pelakon dan pengacara, Neelofa, 31, bersyukur keputusan untuk berniqab baru-baru ini tidak menjejaskan rezekinya sebagai duta jenama antarabangsa.

Mengakui bersedia ditolak klien berikutan penampilan terbarunya itu, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor gembira klien sebaliknya cukup memahami keputusannya.

"Saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk dipangkah atau dilabel sebagai ekstrimis. Sebaliknya, mereka tanya saya, bagaimana menyesuaikan diri dengan penampilan baharu saya?" katanya.

Neelofa menjawab persoalan itu kepada rakan pengacara Uyaina Arshad dalam sesi siaran langsung di Instagram semalam.

Uyaina kemudian berkongsi perkara itu di platform sama.

Terdahulu, bekas pengacara MeleTop itu mengesahkan dirinya sudah berniqab pada 15 Oktober lalu.

Dia memohon semua  pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah. 

Pengumuman itu dibuat sejurus ramai berteka-teki mengenai penampilannya selepas memuat naik beberapa gambar dia mengenakan niqab. 

Dia turut memohon doa orang ramai agar dirinya sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Neelofa berharap perjalanan baharunya  sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

Post a Comment

Previous Post Next Post