Hijrah Neelofa buat peminat sebak, doa kekal istiqamah





Keputusan pelakon dan usahawan Neelofa, 31, mengenakan purdah disambut baik sebilangan besar peminat dan rakan artis.

Menerusi foto dimuat naik Neelofa di akaun Instagram, rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti mendoakan Neelofa kekal istiqamah dalam memperbaiki diri sebagai seorang muslimah.

Antara rakan selebriti meninggalkan komen termasuk pereka terkenal Hatta Dolmat yang mendoakan usaha Neelofa diredhai Allah SWT.

“Semoga terus istiqamah dan mendapat keredhaan dari-Nya. Amin,” katanya.

Sementara itu, seorang pengikut akaun Instagram Neelofa mengakui rasa sebak dengan penghijrahan dilakukan selebriti itu.

“Saya tidak kenal Neelofa secara peribadi tetapi rasa sebak dan gembira dengan penampilan baru Neelofa ini,” kata Hidayah.

Hari ini, Neelofa memuat naik foto di Instagram menunjukkan dirinya mengenakan purdah.

Jelasnya, usaha itu tidak lain hanya semata-mata mencari keredhaan Allah SWT selain memperbaiki diri sebagai menjadi wanita muslimah.

“Terima kasih kepada yang bertanya, Alhamdulillah, doakan supaya saya istiqamah,” katanya.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah mengejutkan industri tanah air dengan mengenakan hijab pada tahun 2014.

Kata pelakon itu, dirinya mengambil keputusan mengenakan hijab adalah ikhlas dari hati tanpa paksaan mana-mana pihak.

Post a Comment

Previous Post Next Post