Cleopatra soal Syed Saddiq tak kan layan TikTok sahaja?





Usahawan wanita Nur Fathiah Syazwana Shahruddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra secara terbuka mengkritik bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Cleopatra mempersoalkan peranan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dalam usaha membantu golongan belia berdepan masalah ekonomi termasuk hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Jelasnya, Syed Saddiq bukan sahaja gagal mengemukakan sebarang penyelesaian malah dilihat terlalu sibuk dengan aktiviti di media sosial.

“Syed Lollypop, tak kan layan TikTok sahaja? Tak ada nasihat untuk belia yang terkesan dengan kehilangan kerja sebab Covid-19 kah?” soalnya di Twitter.

Sebelum ini, Cleopatra pernah tular di media sosial selepas dilihat berada dalam sebuah mesyuarat bersama Syed Saddiq yang ketika itu masih memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Pelbagai andaian dibuat warga maya termasuk mendakwa Cleopatra merupakan pembantu peribadi kepada Syed Saddiq sebelum dinafikan bekas menteri itu.

Sementara itu, sebilangan warga maya menyifatkan Cleopatra mempersoalkan peranan Syed Saddiq adalah tindakan yang tidak wajar.

Pada masa sama, mereka meminta Cleopatra bertanyakan soalan sama yang ditujukan buat Syed Saddiq kepada Menteri Belia dan Sukan terkini.

Bagaimana pun, Cleopatra tetap mempertahankan kenyataannya selain mendakwa ada perkara yang tidak diketahui umum mengenai bekas menteri itu.

Secara terangan, Cleopatra berkata dirinya tidak mendapat sebarang keuntungan atau kerugian dengan kenyataan yang dikeluarkan.

“Bukan hipokrit, I gain nothing and loose nothing (saya tidak untung dan tidak rugi). Nak tahu kenapa? Nanti saya sambung cerita,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post