Sherry Ibrahim berhabis untuk bisnes




Pelakon popular, Sherry Ibrahim berhabis duit simpanan bagi menjalankan perniagaan sendiri sejak tahun lalu.

Sherry, 37, atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, perkara itu lebih memberi kepuasan walaupun berdepan risiko tinggi terutama soal untung dan rugi.

“Tahun lalu saya ada membuka perniagaan spa rambut. Saya keluarkan modal sendiri tanpa sebarang rakan kongsi.

“Walaupun pendapatan ada naik dan turun, tapi saya puas sebab ia atas usaha sendiri. Diakui, bukan mudah sebenarnya, tapi ini adalah impian saya sejak dulu lagi. Insya-Allah, minggu depan saya akan melancarkan jenama tudung sendiri. Itu pun saya buat sendiri,” katanya.


Dalam masa sama, Sherry juga tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang terlebih dulu mengangkat namanya.

“Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa ada. Cuma, saya kena lebih memilih sebab kena fokus perniagaan juga. Saya tak boleh tinggalkan terus berlakon sebab dalam masa sekarang ia turut memainkan peranan penting terutama dalam soal promosi.

“Alhamdulillah, saya perlahan-lahan bangkit. Adat perniagaan tidak semestinya terus berjaya. Apa yang penting, perkhidmatan dan kualiti perlu dijaga,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post