Rihana Oksana Petra dedah pertemuan dengan suami Sultan Kelantan




Oksana berkongsi gambar bersama Sultan Muhammad V dilaman Instagramnya.

Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi detik pertemuan dengan suaminya, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.

Melalui laman sosialnya @rihanapetra, Oksana berkata, kali pertama bertemu suaminya itu pada tahun 2017 dalam satu makan malam ketika musim bunga di Eropah.

“Ketika itu saya bekerja dengan seorang rakan karib bernama Jacob Arabo selepas itu saya diperkenalkan dengan seorang lelaki dan beliau (Sultan Muhammad V) memperkenalkan dirinya sebagai ‘Raja Malaysia’,” tulis Oksana.

Beliau menganggap ia (Raja Malaysia) sebagai satu jenaka dan telah memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu (Sultan Muhammad V) sebagai ‘Ratu Moscow’.

“Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon,” tulis Oksana lagi.

Selepas perkenalan itu, Oksana menambah, mereka terus berhubung sehinggalah dia terbaca berita mengenai perlantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15.

Kisah yang ditulis Oksana di laman Instagramnya itu terhenti di situ dan membayangkan kisah pertemuan itu akan bersambung di posting yang lain pula.

Beberapa minggu lalu, laman sosial itu turut mendedahkan gambar kaki seorang bayi yang dinamakan Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi lelaki baginda berdua.

Oksana dan Sultan Muhammad V sebelum ini didakwa telah berkahwin apabila satu video dan gambar perkahwinan mereka telah tular melalui media sosial Moscow dan Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post