Mustapha Kamal masuk hospital




Pelakon, Mustapha Kamal dan isteri, Susan Manen telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu kerana demam teruk sejak Syawal ketiga iaitu pada Jumaat lepas.

Keadaan Mustapha, 57, diberitahu oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di laman sosialnya sebentar tadi.

“Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abe Mus yang merupakan selebriti kelahiran Kelantan telah dimasukkan ke HRPZ sewaktu pulang ke kampung untuk berhari raya minggu lalu.

“Dia kini sedang berehat, marilah sama-sama mendoakan agar kesihatannya semakin pulih,” tulis kemas kini pada status berkenaan.

Selain Menteri Besar Kelantan, keadaan kesihatan pelakon Cikgu Romantik itu turut disahkan oleh rakan baiknya, Sabri Yunus menerusi mesej Whatsapp pada Ahad lalu.

Menurut Sabri, Mustapha dan isteri ditahan di wad kecemasan HRPZ kerana mengalami simptom muntah dan pening namun negatif demam denggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post