Aidil Aziz reda isteri keguguran




Pelakon dan juga suami kepada Fasha Sandha, Aidil Aziz reda dengan berita keguguran anak sulungnya yang diumumkan isterinya awal pagi tadi.

Aidil, 33, berkata dia dan isteri tidak akan berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan zuriat selepas ini.

“Tidak mengapa, mungkin belum rezeki kami jadi saya reda.

“Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan diharap semua dapat doakan yang terbaik buat saya serta Fasha. Terima kasih,” ujarnya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu sebelum mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada 21 May lalu.

Anak ini sepatutnya menjadi zuriat sulung Aidil dan yang ketiga buat Fasha.

Post a Comment

Previous Post Next Post