Ashraf Muslim kesal dituduh tak jujur jual kuih raya




Ashraf Muslim dituduh peniaga tidak jujur.

Pelakon Ashraf Muslim kesal selepas dituduh sebagai peniaga yang tidak jujur gara-gara bilangan kuih raya 'tak penuh bekas' yang dibeli seorang pelanggannya baru-baru ini.

Ashraf, 37, berkata insiden itu berlaku apabila pihaknya menggunakan bekas yang sama saiz namun berbeza bilangan kuih dan harga sehingga menyebabkan pelanggannya itu salah faham.

"Sebenarnya kuih itu sudah ditetapkan bilangannya. Bekas yang sama tetapi bilangan kuih di dalamnya berbeza-beza.

"Jadi bila bekas yang sama digunakan untuk bilangan berbeza, dia salah sangka.

"Bila jadi isu, saya tenang sahaja sebab semua orang dah tahu," katanya kepada mStar.



Kuih raya tak penuh bekas yang didakwa pelanggannya.

Tambah Ashraf lagi, perkara itu bukanlah isu besar sehingga ia ditimbulkan individu berkenaan yang dikenali sebagai Haidar Zorkifli.

Bagaimanapun, sebaik menyedari perkara itu menjadi tular, pelakon ini berkata dia telah menghubungi individu itu dan menyelesaikan perkara itu secara baik.

"Sebenarnya tak ada apa-apa pun... sampai dekat dia sahaja benda tu jadi isu. Orang lain okay sahaja.

"Saya ada contact dia melalui dm. Malas la nak komen. Benda dah selesai dah. Biarkan sahaja dia.

"Saya sendiri sudah bercakap dengan dia," katanya.



Ashraf menjelaskan insiden berkenaan hanya salah faham.

Terdahulu, seorang lelaki seorang lelaki 'naik hantu' dengan menghamburkan kata-kata kesat apabila kuih raya jenama Ashraf Muslim yang dibelinya 'tak penauh balang'.

Lelaki berkenaan yang berasa tertipu turut menyifatkan pelakon itu sebagai tidak jujur dalam perniagaan dengan meletakkan harga yang agak mahal.

Haidar mendedahkan perkara itu menerusi bebenang di laman Twitter miliknya pada Selasa.

Kongsiannya itu menjadi perhatian ramai hingga menjadi tular di laman sosial.

Post a Comment

Previous Post Next Post