Pelakon A. Galak semakin pulih




Pelakon veteran, A. Galak sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini berikutan serangan angin ahmar sejak Jumaat lalu.

A.Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, 78, dikejarkan ke sebuah klinik oleh kakitangan Skop Production Sdn. Bhd. (Skop Production) sebelum dia dihantar ke HKL.

Difahamkan pelakon yang popular menerusi watak Sarjan Hashim dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas diserang angin ahmar kerana tidak mengambil ubat seperti dijadualkan.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam yang turut memberitahu keadaan kesihatan A.Galak semakin pulih.

"Saya mendoakan semoga A. Galak segera sembuh seperti sedia kala. Selain berkhidmat bersama Skop Production sejak 30 tahun lalu, dia juga merupakan sahabat saya.

"Syarikat akan menampung setiap kos rawatannya," katanya.

Selain popular dengan watak Sarjan Hashim, A. Galak turut dikenali dalam kalangan peminat dengan gelaran Sarjan Misai.

Dia juga pernah membintangi filem Azura di sisi penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan primadona. Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy.

Post a Comment

Previous Post Next Post